Blogroll

Langkah Hilangkan Jeragat


 

7 LANGKAH HILANGKAN JERAGAT

Jeragat atau dipanggil juga bintik hitam. Betapa susah hatinya bila muncul jeragat ni kan. Kali ni Linie nak kongsi Petua Hilangkan Jeragat dengan selamat.

1. MENJAGA KEBERSIHAN KULIT WAJAH

Cara menghilangkan jeragat di muka yang pertama ialah dengan menjaga kebersihan kulit wajah. Basuh muka sehari dua kali dengan pencuci muka. Ini kerana jeragat berpunca dari lebihan minyak dan sel-sel kulit mati serta radikal bebas. 

Elakkan pencuci yang mengeringkan kulit muka kerana ini mengundang penghasilan minyak yang lebih banyak sehingga terhasilnya jeragat.


2. ALOE VERA

Manfaat aloe vera untuk kulit muka memang banyak. Antaranya:-

- Mencerahkan wajah

- Melindungi dari sinar matahari

- Mengecut dan menghilangkan jeragat

- Mengatasi kulit kering dan berminyak.

- Menghilangkan jeragat.

- Memperbaiki sel-sel kulit yang mati

Caranya mudah:-

Campurkan jel aloe vera dengan madu

Biarkan selama lima ke 10 minit, lumurkan pada kulit muka. Selepas 20 ke 30 minit boleh bilas dengan air suam.

Lakukan setiap hari sekali sehingga mendapat hasil yang anda inginkan


3. LEMON

Lemon mengandungi asid sitrik yang membantu membersihkan kulit dari kotoran dan mampu menghilangkan jeragat.

Bukan sahaja sedap dibuat teh lemon ais, malah boleh menghilangkan bintik-bintik hitam di muka dengan berkesan.

Caranya ialah:-

Potong lemon (jangan terlalu nipis) Gosokkan pada kulit muka (pedih kalau ada luka) Biarkan 10 ke 15 minit dan bilas. Boleh juga dicampur dengan madu asli.


4. TEH HIJAU

Minum teh hijau adalah sangat baik untuk kesihatan badan. Teh hijau ini juga boleh menyelesaikan masalah jeragat.

Menurut kajian, teh hijau mempunyai faedah yang boleh mengurangi pengeluaran minyak dan juga boleh menghalang penyerapan androgen dalam kulit.

Cara menghilangkan jeragat di muka secara semula jadi dengan teh hijau adalah dengan masukkan beg teh hijau ke dalam air panas selama lima minit.

Angkat beg teh hijau dan gosok perlahan-lahan ke kawasan yang terjejas oleh jeragat.


5. OATMEAL

Tahukah anda oatmeal bukan hanya untuk dimakan sahaja tetapi juga adalah salah satu cara menghilangkan jeragat di muka? Ia bertindak sebagai agen pengelupasan semula jadi untuk menghilangkan kulit mati dan kotoran yang terkumpul. Di samping itu, ia menyerap minyak berlebihan dan membuka liang pori.

Caranya, campurkan dua sudu yogurt, satu sudu setiap jus lemon dan madu, dan empat sudu besar serbuk oat.

Anda juga boleh menambah satu sudu cuka epal cider. Lembapkan kulit anda dan jadikan masker di muka anda.

Biarkan selama 20 minit sebelum membilasnya. Anda boleh mencuba cara ini sehingga anda mendapat hasil yang diingini.


6. DIET PEMAKANAN SIHAT
Cara menghilangkan jeragat di muka anda perlu mengamalkan diet pemakanan yang sihat. Kita sudah tahu bahawa minyak adalah punca utama terbentuknya jeragat dan jerawat, oleh itu jika kita hadkan pengambilan makanan yang berminyak adalah suatu perkara yang bagus.

Juga amalkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta meminum air yang banyak akan meningkatkan tahap kesihatan badan anda, dan badan yang sihat akan menyebabkan kulit juga menjadi sihat.

7. PENGGUNAAN SERUM YANG MENGANDUNGI RETINOL ATAU VITAMIN A

Yang ni paling senang lah bagi Linie. sebelum tidur tu sapu je kat muka. Sangat best, teksturnya lembuh dan tak berminyak. Bangun pagi esok kulit rasa gebu gebas. Jeragat dan bintik hitam pun makin pudar.




Share:

Amalan Gaya Hidup Sihat

5 Tips Amalan Gaya Hidup Sihat



Assalamualaikum, Salam Aidiladha buat semua sahabat pembaca.
Kali ni Linie nak sentuh berkenaan Amalam Gaya Hidup Sihat.

Sihat itu anugerah
Sihat itu mahal, tidak ternilai dengan wang ringgit.
Betul kan? Namun sahabat Percaya tak, Individu yang mementingkan penjagaan kesihatan jantung akan hidup lebih sihat dan sejahtera. 

Boleh ikuti 5 tip-tip berikut untuk menjaga kesihatan jantung dan serlahkan jiwa muda bersama orang tersayang.

1.  KEKALKAN BERAT BADAN YANG SIHAT

Berat badan yang sihat ialah indeks jisim tubuh (IJT) di antara 18.5 dan 24.9. Anda disarankan untuk mengurangkan berat badan jika IJT anda melebihi tahap 25 kerana ia dapat membantu mengurangkan tahap gula darah dan tekanan darah anda.

2. KEKALKAN TAHAP KOLESTEROL, TEKANAN DARAH DAN GULA DARAH DALAM LINGKUNGAN NORMAL

Lakukan pemeriksaan tahunan yang lengkap bagi memantau tahap kolesterol, tekanan darah dan gula darah bagi mengekalkan kesihatan jantung yang baik. Amallah diet yang seimbang dan teruskan gaya hidup yang aktif.

3. AMALKAN DIET YANG BAIK UNTUK JANTUNG



Pilih makanan yang rendah dengan lemak tepu dan kolesterol. Pilih bahagian daging yang kurang berlemak, dan kurangkan makanan bergoreng.  Makan buah-buahan dan sayuran yang terdiri dari  sumber serat, vitamin-vitamin dan mineral, serta fitokimia yang baik untuk jantung anda. Di samping itu, adalah dijalakkan untuk mengurangkan pengambilan garam dan gula.

4. KEKAL AKTIF SECARA FIZIKAL

Tabiat bersenam membantu mengekalkan tahap tekanan darah, gula darah dan kolesterol darah dalam lingkungan yang sihat. Pilihlah aktiviti yang anda suka, dan tingkatkan kekerapan anda mengikut masa. Minumlah Anlene Heart-Plus™ setiap hari sebagai sebahagian daripada amalan diet seimbang anda. Anlene dirumus khas dengan kebaikan susu dan nutrien-nutrien penting untuk membantu menjaga kesihatan jantung anda.

5. PENGURUSAN STRESS

Jangan pandang stres sebelah mata. Stress yang berlebihan mungkin merupakan punca tekanan darah meningkat dan meningkatkan bebanan terhadap jantung kita. Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti seperti yoga dan meditasi kerana ia dapat membantu menenangkan diri dan mengurangkan stress.


Oh ye, bulan ni sangat spcial sebab ada promosi harga murah khas untuk vitamin jantung sihat.



Untuk konsultasi boleh juga hubungi Linie di 013-9798284 untuk belian atau klik sahaja link di bawah :


https://tinyurl.com/43ujnkcp


https://tinyurl.com/43ujnkcp


Share:

Blogroll

6/recent/ticker-posts

About

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Facebook

Search This Blog

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's.

BTemplates.com

Most Popular

Popular Posts