Posts

Showing posts from July, 2023

Langkah Hilangkan Jeragat

Image
  7 LANGKAH HILANGKAN JERAGAT Jeragat atau dipanggil juga bintik hitam. Betapa susah hatinya bila muncul jeragat ni kan. Kali ni Linie nak kongsi Petua Hilangkan Jeragat dengan selamat. 1. MENJAGA KEBERSIHAN KULIT WAJAH Cara menghilangkan jeragat di muka yang pertama ialah dengan menjaga kebersihan kulit wajah. Basuh muka sehari dua kali dengan pencuci muka.  Ini kerana jeragat berpunca dari lebihan minyak dan sel-sel kulit mati serta radikal bebas.  Elakkan pencuci yang mengeringkan kulit muka kerana ini mengundang penghasilan minyak yang lebih banyak sehingga terhasilnya jeragat. 2. ALOE VERA Manfaat aloe vera untuk kulit muka memang banyak. Antaranya:- - Mencerahkan wajah - Melindungi dari sinar matahari - Mengecut dan menghilangkan jeragat - Mengatasi kulit kering dan berminyak. - Menghilangkan jeragat. - Memperbaiki sel-sel kulit yang mati Caranya mudah:- Campurkan jel aloe vera dengan madu Biarkan selama lima ke 10 minit, lumurkan pada kulit muka. Selepas 20 ke 30 minit boleh bil

Amalan Gaya Hidup Sihat

Image
5 Tips Amalan Gaya Hidup Sihat Assalamualaikum, Salam Aidiladha buat semua sahabat pembaca. Kali ni Linie nak sentuh berkenaan Amalam Gaya Hidup Sihat. Sihat itu anugerah Sihat itu mahal, tidak ternilai dengan wang ringgit. Betul kan? Namun sahabat Percaya tak, Individu yang mementingkan penjagaan kesihatan jantung akan hidup lebih sihat dan sejahtera.  Boleh ikuti 5 tip-tip berikut untuk menjaga kesihatan jantung dan serlahkan jiwa muda bersama orang tersayang. 1.  KEKALKAN BERAT BADAN YANG SIHAT Berat badan yang sihat ialah indeks jisim tubuh (IJT) di antara 18.5 dan 24.9. Anda disarankan untuk mengurangkan berat badan jika IJT anda melebihi tahap 25 kerana ia dapat membantu mengurangkan tahap gula darah dan tekanan darah anda. 2. KEKALKAN TAHAP KOLESTEROL, TEKANAN DARAH DAN GULA DARAH DALAM LINGKUNGAN NORMAL Lakukan pemeriksaan tahunan yang lengkap bagi memantau tahap kolesterol, tekanan darah dan gula darah bagi mengekalkan kesihatan jantung yang baik. Amallah diet yang seimbang da